Kalau birthday orang biasanya kita akan dapat makan kek. Tapi kalau birthday Sooka ke-4 ni kita semua yang dapat hadiah! Ulang tahun keempat platform penstriman kegemaran ramai ni memang betul-betul all out!

Sempena ulang tahun keempat ni, Sooka bukan main lagi bagi hadiah untuk korang. Pelbagai ganjaran, upgrade teknologi, dan yang paling penting peluang memenangi TV 86 inci.
Semua pengguna Sooka berpeluang memenangi sebuah Smart TV LG 86” 4K UHD atau sooka TV Stick setiap hari selama 30 hari. Kalau nasib baik, scroll scroll je kat Sooka, esok dapat email “Anda pemenang!” tak ke menggeletar tangan?

Untuk yang baru nak try, ada 10 hari akses percuma ke Sports & Entertainment Plan. Korang hanya perlu masukkan kod promo HBDSOOKA. Tak payah fikir panjang nak langgan dulu ke tak, test drive dulu, lepas tu baru decide.
Tapi yang ni memang confirm korang akan tersangkut, sebab semua rancangan best memang tersedia dari sukan, drama, sampai ke show viral. Semua ada!
Kalau korang jenis yang suka tengok TV properly, bukan dari skrin phone, ada berita baik untuk korang. Sooka tengah bagi TV Stick FREE bila beli Premium Plan 6 bulan (harga RM249 je).
Stick tu kalau korang beli asing harga dia RM349 tau, jimat besar! Plug in je kat mana-mana TV terus boleh stream. Tak perlu smart TV pun, asalkan ada HDMI, settle!

Tapi yang buat ramai menggelupur sekarang ni adalah offer Buy 1 Free 1 Annual Pass! Yang ni memang gila.
Bermula dari 26 Jun, korang boleh langgan dua tahun akses dengan harga RM149 je. Kiranya setahun RM74.50? Buat apa nak share akaun Netflix kalau benda ni lagi berbaloi dan legal. LOL.
Maklumat lanjut korang boleh layari laman rasmi INI.