Redmi BamBam Edition Dah Sampai, Rare Gila!

Kalau korang peminat tegar BamBam GOT7, ini untuk korang!

Xiaomi baru je umumkan pelancaran Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition khas untuk pasaran di Malaysia. Edisi kali ni memang eksklusif gila bukan sekadar tukar warna, tapi siap ada tandatangan rasmi BamBam (Kunpimook Bhuwakul) kat belakang phone! Styling dia memang next level!

Tapi bukan rupa je lawa tau specs dia pun memang tak main-main. Dilengkapkan dengan kaca tahan lasak Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, tahan jatuh, tahan calar. Air dan debu? No problem, sebab dah siap dengan IP68 rating. Jadi kalau phone kena renjis air masa buat TikTok challenge pun chill je!

Yang lagi power, kamera dia 200MP! Bukan setakat megapixel tinggi, siap ada OIS, AI mode, dan dual video mode dimana depan belakang boleh rakam sekali. Nak buat content ala-ala vlog BamBam pun boleh sangat! Edit pun senang sebab dia ada AI Erase Pro – photobomb? Gone.

Dalam dia ada otak yang power iaitu MediaTek Dimensity 7300-Ultra. Maksudnya, buka apps, tukar-tukar game, scroll TikTok 8 jam pun masih smooth je. Bateri besar (5110mAh), jadi boleh hadap scroll IG BamBam fanpage dari pagi sampai malam. Laju, besar dan tahan lama. Macam ideal boyfriend!

Yang paling panting skrin dia pun bukan biasa-biasa 6.67” AMOLED, refresh rate 120Hz, terang gila sampai 3000 nits, kalau tengah panas terik pun mash boleh nampak jelas. Mata korang pun selamat sebab dia ada TÜV Rheinland certs tak silau dan tak penat.

Bab harga pula korang tak perlu terkejut sangat! Hanya RM1,299 untuk 12GB + 256GB. Tapi ni bukan stok biasa. Limited Edition bro, bukan sepanjang masa ada. Kalau korang nak grab jangan lupa lock date ni pada 19 Jun bermula 7 malam dekat semua kedai Xiaomi, mi.com dan official store kat Shopee dan Lazada.

Kalau korang memang peminat BamBam , tak payah fikir lama. Phone ni bukan sekadar gadget tapi koleksi! Orang lain ada Redmi biasa. Korang? Ada Redmi BamBam edisi rare.

×