“Terima Kasih Sentiasa Ada Untuk Saya” – Syed Saddiq

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian apabila memuat naik gambar ketika hadir di acara Powerman Malaysia 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Sabtu lalu.

Menerusi hantaran itu, Bella berkata dia pertama kali menyaksikan acara tersebut serta mengucapkan tahniah buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kerana berjaya ke garisan penamat.

BACA: “Dah Ada Dua Anak” – Bella Astillah Segan Cerita Hubungan Dengan Syed Saddiq

Perkongsian Bella itu menjadi perhatian ramai, mana tidaknya apabila Syed Saddiq dilihat turut menzahirkan ucapan penghargaan buat aktress tersebut.

“Terima kasih sentiasa ada untuk saya.. Awak terlalu baik. Terhutang budi (banyak sangat dah),” tulisnya.

Komen Syed Saddiq itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang berseloroh mengatakan jika terhutang budi bolehlah terus kahwin.

×