Usahawan sensasi Kak KM atau Liana Rosli tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya, Nabila yang bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines.

Menerusi ses siaran langsung di TikTok, Kak KM tidak dapat menahan sedih apabila perlu berjauhan dengan anaknya itu kerana akan menetap di Singapura selepas ini.

BACA: “Sama Muka, Macam Adik Kakak” – Kak KM Akhirnya Jumpa Isteri Haqiem Rusli

“Nabila (diterima bekerja) Singapore Airlines. Jadi dia akan menetap di Singapura. Sedangkan bila Nabila dapat belajar di Universiti Malaya yang ‘sekangkang kera’ dari rumah ini pun saya sudah menangis selama dua minggu, inikan pula apabila dia perlu berpindah ke negara lain.

“Kita tidak biasa nak berjauhan dengan anak tetapi untuk masa hadapan dia, saya sebagai mak relakan anak perempuan saya,” katanya.

Sementara itu, Kak KM berkata anaknya bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines selama lima tahun dan ada mencuba peluang mengikuti temuduga bersama syarikat penerbangan antarabangsa, Emirates.

“Minggu ini (22 Jun, Ahad) kita akan hantar dia ke Singapura, jadi harapnya semua berjalan lancar. Harap jugalah saya kuat sebab nak melepaskan anak itu tidak mudah. Walaupun dia pergi mencari rezeki tetapi benda itu sebenarnya berat,” katanya.

Terdahulu, Nabila menamatkan pengajian peringkat Diploma dari Universiti Malaya pada Disember 2024.

SUMBER: YouTube Selebriti Malaysia

×