Meskipun disahkan menderita masalah batu karang dalam buah pinggang, penyanyi Hafiz Suip tetap kekal positif.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz sebaluknya bersyukur sebaik saja mendapat tahu perkara itu selepas melakukan pemeriksaan di hospital serta percaya bahawa sihat dan sakit datang daripada Allah.
BACA: Kononnya Nak Cari Ketenangan, Hafiz Suip Menyesal Padam Instagram
View this post on Instagram
“Alhamdulillah…dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang..#sakitsihatmilikAllah” tulisnya.
Dalam video dikongsikan, Hafiz dilihat sedang menjalani beberapa prosedur dan dilihat menunjukkan gaya ‘thumbs up’ seolah memberitahu dia dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, penyanyi itu tidak berkongsi lanjut mengenai penyakit berkenaan. Dirungan komen, rata-rata netizen mendoakan agar penyanyi itu cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.