Penyanyi Faizal Tahir berpendapat dia melihat rancangan realiti masa kini tidak lagi mencetuskan fenomena seperti dahulu dan seperti sudah hilang tarikan.
Memetik Kosmo, Faizal berkata peredaran masa serta perubahan teknologi membuatkan format program realiti dilihat kurang relevan apatah lagi konsep yang diketengahkan masih sama.
BACA: “Semua Orang Tahu Mas Idayu Macam Mana” – Faizal Tahir
“Saya tak nak cakap program realiti sekarang sendu, tetapi secara jujurnya, saya sendiri kurang berminat menonton sebab konsepnya masih sama.
“Saya dah melalui pengalaman itu. Kalau masih ada (pertandingan realiti), biarlah punya kelainan. Kalau saya tengok dan rasa ‘wow, lain eh sekarang’, itu baru menarik. Tapi kalau sama saja, susah nak tarik minat.
“Dulu, YouTube tak macam sekarang. TikTok pun belum ada. Waktu itu, kalau nak tunjuk bakat, perlu hadir sesi uji bakat. Sekarang, semua orang boleh cipta platform sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Faizal berkata jika dahulu program realiti menjadi perhatian ramai kerana penonton yang boleh menentukan pemenang menerusi undian.
“Dulu orang suka sebab rasa terlibat dengan pemilihan artis. Mereka rasa berkuasa. Mereka boleh undi sesiapa yang mereka mahu dan sanggup berhabis beribu asalkan artis pilihan mereka menang. Itu antara sebab pertandingan realiti dulu meletup.
“Kalau saya nak betul-betul nak jawab hal ini, senang cakap itu hak masing-masing. Kalau memang ada duit nak buat program, buat sahajalah,” katanya.
SUMBER: Kosmo