Netizen Tanya Mana Emma Maembong, DJ Kidd Jawab ‘Dalam Hati’

Baru-baru ini, lelaki yang dikaitkan dengan pelakon Emma Maembong iaitu DJ Kid sekali lagi menjadi perhatian di TikTok.

Menerusi perkongsian video dimuat naik, ada netizen meninggalkan komen bertanyakan mengenai dimana Emma, dan lelaki itu selamba menjawab aktres itu berada dalam di hatinya.

BACA: “Saya Tak Tahu Khabar Angin Emma Kahwin Baru” – Chacha Maembong

Meskipun tidak tahu sama ada respons tersebut sekadar gurauan atau serius namun netizen mengakui sukakan jawapan DJ Kid itu.

Terdahulu, timbul dakwaan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay bernama DJ Kidd dan dilihat bercuti bersama-sama di negara seberang.

×