Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza 11 (GV11) Arrora Salwa menafikan dia menggunakan khidmat bomoh atau ‘mak esah’ seperti didakwa segelintir netizen.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Arrora memberitahu bahawa dia mengamalkan ayat-ayat Al-Quran.agar terhindar daripada musibah serta perbuatan tidak baik.

BACA: Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz Antara 14 Peserta Berentap Di GV11

@arrorasalwareal

Mak Salwa la pulak eh. Asyik Mak Esah je. Kesian Mak Esah nama diperguna oleh Netizens. Tak baik tau. #fyp #fyp? #fyp??viral

? original sound – arrorasalwareal – arrorasalwareal

“Ada yang kata Arrora Salwa pakai ‘mak esah’, Arrora Salwa ‘mandrem’ (guna sihir). Dia begini, tak perlu pakai ‘mak esah’, pakai ayat al-Quran saja.

“Baca surah al-Baqarah, ayat satu sampai lima. Lepas itu, ayat Kursi. Kemudian, ayat terakhir al-Baqarah. Kau hafal. Insya-Allah, kalau orang nak buat apa-apa benda tak baik kepada kita, benda itu berbalik dan kena kepada dia,” katanya.

Dalam hantaran sama, Arrora sempat berseloroh melintas di bawah ampaian kerana dikatakan itu adalah antara pantang bagi mereka yang menggunakan sihir.

“Satu lagi, orang kata kalau pakai ‘mak esah’, tak boleh lalu bawah ampaian, kan? Okay saja. Tak ada ‘mak esah’!” katanya.

×