“Allah Bagi Pinjam 5 Minggu” – Najwa Latif Keguguran

Penyanyi dan juga pensyarah, Najwa Latif berkongsikan berita duka dirinya mengalami keguguran serta memohon maaf tidak dapat berkongsi mengenai perkembagan terkininya.

Difahamkan, hari ini hangat diperkatakan apabila tular videonya sedang mengajar serta kembali bergelar pensyarah di sebuah pusat pengajian.

BACA: Najwa Latif Berhenti Kerja Pensyarah, Nak Fokus PhD

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

“Salam semua, saya cuma nak beritahu perkembangan terkini. Saya minta maaf kerana tidak dapat bercakap dengan sesiapa buat masa ini. Saya mengalami keguguran,” tulisnya.

Sementara itu, Najwa berkata dia dan suami sebenarnya tidak mahu berkongsi mengenai perkara itu kerana disifatkan terlalu peribadi namun mereka menghargai setiap kata-kata baik yang diberikan.

Dalam pada itu, Najwa turut memintaagar diberi ruang kepada mereka untuk bersedih seketika serta berharap orang ramai dapat mendoakan mereka.

×