Umum mengetahui, pempengaruh media sosial dan usahawan Khairul Aming berada di negeri Kelantan untuk misi bantuan susulan bencana banjir melanda negeri itu.
Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung, Khairul Aming sedang membuat pembayaran di sebuah pusat beli belah untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir.
BACA: “Awak Boleh Ambil Barang Seberapa Banyak Yang Nak Bantu Mangsa Banjir” – Mydin
@its_me_milaaaa 31k tengok kad KA decline ?? #khairulaming
“Untuk pakaian sahaja RM19,330 Khairul Aming belanja untuk mangsa banjir,” tulis video berkenaan.
Namun apa yang mejadi perhatian apabila kad yang digunakan oleh Khairul Aming ditolak mempunyai baki dan limit yang tidak mencukupi.
Rata-rata netizen terhibur tengok gelagat Khairul Aming yang malu dengan insiden berkenaan apabila lebih 27 ribu yang menonton sesi siaran langsung tersebut.
“Declined! Insufficient, betul lah belum ‘clear’ lagi kad. Satu Malaysia tengok malu Khairul Aming. Kalau kena reject juga saya kena clear semua pembayaran dahulu sebab seminggu ini tak sempat nak buat apa, tidur pun tak sempat.
“Menangis aku, kad declined. Minggu ini buat pembelian guna kad-kad ini, duit pemberian yang orang bagi untuk mangsa banjir. Minta la bank-bank dekat Malaysia bagi lebih sikit limit dekat saya,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan kad ‘decline’ bukan kerana tiada duit sebaliknya terlebih had dalam berbelanja.
Kata netizen lagi, kes Khairul Aming berbeza dengan mereka dimana kad mereka ‘decline’ bukan kerana terlebih had tetapi sebab tidak cukup duit.