Perkongsian pelakon sensasi Ruhainies menjadi perhatian aabila mengenakan gaun tanpa lengan menampakkan lurah dada diperkatakan ramai.
Susulan penampilannya itu, ada segelintir netizen mempertikaikan misi pelakon itu yang mahu berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.
BACA: Obses Dengan Tasbih Digital, Ruhainies Dalam Misi Selawat 1000 Kali Sehari
Diruangan komen perkongsiannya itu, ada netizen mempersoalkan mengenai kenyataanya sebelum ini yang mengenai selawat 1,000 kali sehari.
Bagaimanapun, ada netizen berharap dengan misi selawat tersebut dapat mengubah Ruhainies untuk tampil lebih sopan selepas ini.
Terdahulu, Ruhainies turut mengajak orang ramai terutama golongan wanita untuk sama-sama melakukan amalan berselawat.
“Saya dalam misi selawat 1000 sehari dalam 40 hari. Hari ini baru hari ke-18. Jom buat sama-sama. Kita perempuan kalau cuti pun boleh selawat,” katanya.