Sejak minggu lalu, berita mengenai pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin menjadi perhatian ramai apabila aktres itu memfailkan cerai terhadap suaminya.
Namun, ramai yang berharap pasangan itu kembali berbaik serta menyelamatkan rumah tangga mereka. Seperti perkongsian seorang pengguna di laman X ini yang percaya bahawa Fattah adalah suami yang baik begitu juga Fazura.
BACA: Fazura Nekad Mahu Cerai Demi Maruah
Menerusi satu perkongsian, individu itu berharap dalam tempoh dua minggu sebelum sebutan kes permohonan cerai pada 7 Oktober depan, pasangan itu dapat selesaikan masalah mereka.
Kata individu itu lagi, Fazura menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 hari ini dan dia percaya Fattah tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memujuk hati isteri tercinta.
“Saya percaya Fattah seorang suami yang baik dan Fazura juga seorang isteri yang baik. Saya berharap dalam tempoh dua minggu sebelum tiba hari prosiding seterusnya, mereka berdua boleh selesaikan secara baik.
“Ulang tahun Fazura pada Jumaat ini (27 September) dan Fatima pada 2 Oktober depan. Awak tahu apa yang sepatutnya awak buat, Fattah,” tulisnya.
Rabu lalu, Fattah dilapor belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
SUMBER: X