DSV Tegur Caprice Berhenti Dedah Aib, Fokus Jaga Keluarga

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida meminta penyanyi Caprice supaya berhenti membuat perkongsian berkenaan isu masyarakat secara berlebihan sehingga membuka aib individu berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Vida turut mengambil contoh isu pemandu bas didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sehingga mendapat perhatian penyanyi rap berkenaan.

BACA: Cik B Terkejut DSV Bayar RM420,000 Untuk Bilik Hotel Di Mekah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menurut Vida, dia mengatakan pada awalnya perkongsian Caprice itu pada awalnya untuk memberi kesedaran namun lama kelamaan seolah membuka aib tersebut.

“Assalamualaikum, video ini saya tujukan kepada Caprice. Saya bukan nak kejutkan harimau yang sedang tidur ke apa.

“Tapi hati saya terpanggil nak beritahu pasal posting Caprice yang viral daripada asalnya nak bagi kesedaran dah jadi banyak ke arah benda yang mengaibkan,”katanya.

Vida berkata lagi, video dikongsikannya itu adalah untuk tujuan memberi nasihat dan teguran buat Caprice serta memohon maaf jika tegurannya itu membuatkan penyanyi itu berkecil hati.

“Dulu bila saya nak tengok isu viral, saya tengok Instagram Caprice. Kita dapat info. Tapi kalau dah benda berlarutan, contohnya abang bas…daripada satu posting jadi dua dan tiga…jadi banyak mengaibkan. Malahan pasal abang ingat tengok budak tu kan duk jeling lagu tu.

“Tiap-tiap hari saya tengok dok up. Dah jadi annoying dan mengaibkan. Dia (Abang Bas) pun dah kena tindakan apa semua. Dah kena jamin. Mungkin Caprice boleh bagi kesedaran dalam bentuk lain pula pasal pedofil atau yang lain.

“Jadi saya ni sebenarnya berat hati nak cakap, tapi saya terpaksa. Caprice seorang yang baik yang saya kenal lama dah. Pernah belanja saya makan dan saya hormat Caprice. Sentiasa mengikuti Caprice dari dulu lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata dia suka melihat konten Caprice bersama isteri dan anak-anak serta mengatakan adalah lebih baik jika memberikan fokus menjaga keluarga masing-masing.

“Hari ini lepas mengaji, lepas solat subuh istikarah banyak kali, sebenarnya secara jujur saya suka tengok Caprice bersama isteri dan anak. Saya rasa itu lagi sedap saya melihatnya. Ala-ala suami takut bini punya konten.

“Kita takut, saya pun ada anak perempuan dan lelaki. Kita semua ada keluarga jadi banyakkan jaga keluarga sendiri daripada kita ambil tahu hal orang lain,” katanya.

×