Rita Rudaini Terima Anugerah Ibu Ikon

Pelakon Rita Rudaini sebentar tadi memuat naik perkongsian menerima Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia.

Menerusi perkongsian itu, anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

BACA: “Anak Hebat Bersukan Tiada Kaitan Dengan Genetik Keluarga” – Rita Rudaini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Dalam entri itu juga, Rita berkata dia akan terus memberikan inspirasi kepada wanita-wanita di lua sana serta memberikan semangat bahawa wanita semua adalah ikon.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Rita berkata ianya bukan perjalanan mudah namun baginya disetiap semua ujian bukan ‘kesusahan’ tetapi ianya ujian buat mereka yang terpilih.

Kata Rita lagi, disebalik ujian yang diberikan ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu anak-anak dan didik mereka kerana Allah.

“Tidak mudah…walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa itu tetap sama…tapi percayalah, di setiap semua itu bukanlah ‘kesusahan’..tapi itu lah ujian untuk yang terpilih.

“Percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu ‘anak’ …jagalah, sayangilah dan didik ah mereka kerana Allah,” tulisnya.

×