Semakin Laris, Anna Jobling Terima 3 Lagi Tawaran Filem di Indonesia

Selepas terbabit dalam filem Indonesia berjudul Lembayung, pelakon Anna Jobling menerima tiga tawaran lagi daripada produksi dari negara seberang itu.

Memetik mStar Online, Anna berkata dia melihat ianya langkah baik dan peluang untuk dia mengembangkan kerjaya seni di peringkat antarabangsa.

BACA: Anna Jobling Tak Risau Berlakon Dengan Hero Berkahwin

“Tidak menyangka akan menerima tawaran filem daripada tiga produksi berbeza di Indonesia. Ini adalah peluang besar untuk kembangkan bakat dan karier.

“Ini adalah fasa baru dalam karier dan saya akan terus bekerja keras mencapai kejayaan yang lebih besar. Saya sangat terharu baik dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Anna meluahkan rasa gembira dan syukur namanya mula dikenali peminat disana serta terharu dapat bertemu barisan pelakon hebat.

“Pemain industri disini sangat profesional dan peminat pula sangat penyayang. Mereka sangat menghargai saya. Rasa sangat gembira dan bersyukur,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×