Pelakon veteran Norlia Ghani mendedahkan sudah lebih setahun dia tidak menerima tawaran berlakon dan kini pelakon berusia 75 tahun itu bergelar TikToker.

Memetik Oh Bulan, Norlia berkata dia turut menerima kecaman dan dikutuk tidak sesuai aktif media sosial kerana usianya yang sudah tua namun pelakon itu enggan peduli dengan komen yang diterima.

BACA: “Sharon Pernah Mengadu, Rusdi Dah Lama Tiada Job, Berkaitan Masalah Duit” – Norlia Ghani

“Perkara toksik itu biasalah. Saya buat tak tahu saja. Mereka cakap dah tua-tua pun nak main TikTok! Apa mereka komen jangan dibalas, ‘jalan’ saja,” katanya.

Sementara itu, Norlia yang sudah setahun tiada tawaran berlakon berkata mungkin kerana faktor usia dan ada dikalangan rakan-rakan sudah mula melupakannya.

“Setahun juga tiada tawaran berlakon, mungkin faktor usia dan ramai pelakon lain lebih layak. Ada juga kawan-kawan dah mula lupakan saya tetapi saya anggap itu lumrah kehidupan.

‘Saya tak kecil hati dan anggap itu semua bukan rezeki saya. Jadi tiadalah perasaan nak marah atau berdendam dengan orang lain,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan

×