Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan mengatakan rumah tangganya dengan aktres terkenal, Nur Fazura bergolak.
Menerusi temu bual bersama media, Fattah menyifatkan isteri tercintanya itu seorang yang menghargai suami dan sikap positif Fazura yang pemurah menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus melakukan kebaikan.
BACA: Fazura Jawab Pertanyaan Netizen, Dakwa Lama Tak Lihat Bersama Fattah Amin
“Sudah tujuh tahun dengan dia (Fazura), saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka hargai suami, bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.
“Paling saya terharu adalah sikap pemurah isteri saya sehingga saya sangat terinspirasi dengan sikap tidak berkiranya. Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah turut menyifatkan isterinya itu satu dalam sejuta serta merasakan sangat bertuah memiliki wanita itu sebagai isteri.
“Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya sendukkan nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in a million’ (satu dalam sejuta).
“Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai,” katanya.
SUMBER: Kosmo