Shah Iskandar Syukur Layak Mohon Taraf Penduduk Tetap Di Malaysia

Pelakon Shah Iskandar dapat menarik nafas lega apabila boleh memohon untuk mendapatkan taraf Pemastautin Tetap atau Permanent Residence (PR) di Malaysia.

Memetik Oh Bulan, Shah berkata dia sudah lama menyimpan hasrat tersebut apatah lagi sudah 10 tahun membina kerjaya di Malaysia.

BACA: Empat Tahun Menanti, Shah Iskandar Selamat Timang Anak Pertama

“Selepas 10 tahun, tanpa menggunakan kabel atau apa-apa bantuan akhirnya tahun depan saya dah boleh mohon taraf PR mengikut prosedur yang sah.

“InsyaAllah, saya harap permohonan itu lulus memandangkan saya di Malaysia pun sudah masuk 15 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Shah berkata dia kini berulang alik menggunakan pas residen (RP) dimana dia boleh keluar masuk Malaysia ke Singapura setiap lima tahun.

“Awal-awal dulu saya nak keluar masuk Malaysia terpaksa melalui proses cop pasport dan sebagainya. Tapi sekarang ini saya pemegang status ‘Resident Pass‘ atau RP, dengan pas itu memang kita boleh keluar masuk Singapura Malaysia setiap lima tahun,” tulisnya.

SUMBER: Oh Bulan

×