Ibu kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa syukur dapat melihat anaknya kembali tersenyum serta berharap dapat belajar dari kekhilafan.
Menerusi perkongsian di Instagram, ibu Aliff berharap anaknya itu dapat menempuhi semua ini serta bermuhasabah diri serta berazam menjadi insan lebih baik.
BACA: “Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan” – Ibu Terima Jika Ruhainies Jodoh Aliff Aziz
View this post on Instagram
“Muhasabah diri dan belajar dari kekhilafan dan berazam menjadi seorang insan yang lebih baik kerana Allah SWT. Kita semua adalah pendosa tapi Allah SWT Maha Pengasih.
“Kehidupan lepas adalah pengalaman tetapi apa yang lebih penting adalah sekarang dan masa hadapan. Yang terpenting adalah pengakhiran kita,” tulisnya.
Menurut Hafiza lagi, mereka sekeluarga sentiasa mendoakan agar dipermudahkan urusan Aliff serta bersyukur melihat anaknya kembali tersenyum.