Fathia Latiff Dedah Hidap Skizofrenia

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi, pelakon Fathia Latiff mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fathia menitipkan ucapan istimewa buat ibunya, Badriyah Hassan sempena ulang tahun kelahiran serta memohon maaf kepada ibunya kerana sudah menyusahkannya.

BACA: Fathia Latiff Kongsi Gambar Peluk Dengan ‘Anak Ikan’?

“Saya minta maaf sudah membebankan Ma dengan penyakit skizofrenia. Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa.

“Saya berjanji akan menjaga diri sendiri dan menjadi lebih baik dari sebelumnya supaya kita boleh meluangkan masa bersama seperti selalu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fathia turut mengucapkan terima kasih buat ibunya kerana telah menjaga dan mendidiknya dengan baik serta mengakui bukan mudah kerana dia seorang yang nakal.

Bagaimanapun, Fathia tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai gangguan mental dihidapinya itu.

Untuk pengetahuan, penyakit skizofrenia adalah masalah mental kronik yang mengakibatkan pemkiran penderitanya berkecamuk dan tak dapat bezakan dengan realiti.

×