Meskipun terpalit dengan kontroversi panas, Ruhainies berkata tawaran tiada mana-mana tawaran kerja dibatalkan sebaliknya hanya ditangguhkan sementara waktu.
Memetik Kosmo, Ruhainies berkata drama lakonannya bersama aktor sensasi, Aliff Aziz juga tidak terjejas dan telah pun selesai mengikut jadual.
BACA: Kontroversi Ruhainies Tular Sampai Ke China
“Saya faham dan terima kerana isu pun tengah panas tetapi setakat ini tiada tawaran lakonan yang dibatalkan, sebaliknya cuma ditangguhkan saja.
“Penggambaran tetap berjalan macam biasa tetapi soal digam mahupun disenarai hitam setakat ini yang saya dapat tahu perkara itu tidak akan berlaku. Jadi saya mohon doakan saya,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies turut meluahkan rasa syukur kerjasama dengan beberapa jenama antarabangsa juga tidak terjejas.
Dalam pada itu, Ruhainies mendedahkan dia menerima banyak tawaran daripada negara seberang serta percaya bahawa ada hikmah disebalik ujian.
“Namun saya sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah dan alhamdulillah saya banyak terima tawaran dari negara seberang tetapi belum boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan.
“Cerita ini bukan setakat tular di Malaysia tetapi sampai ke luar negara juga termasuk China. Cuma saya mohon doa daripada semua agar nama saya tak terjejas disebabkan kontroversi ini,” katanya.
SUMBER: HibGlam