fbpx

Shuib Bangga Talita Tampil Berhijab Selepas Akil Baligh

Sebelum ini, pelawak dan usahawan Shuib berkongsikan momen di Instagram apabila anak perempuannya sudah akil baligh dan melangkah ke alam dewasa.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Dalam beberapa perkongsian terbaru, Dzakira Talita Zahra atau lebih mesra disapa Dekta menjadi perhatian ramai apabila tampil berhijab selepas datang bulan.

BACA: Shuib Sebak Anak Gadis Dah Masuk ‘Alam Dewasa’

Sementara itu menerusi video di Insta Story, Shuib berkongsikan dia bangga meihat penampilan anak perempuannya itu sebaik saja melangkah ke alam remaja.

“Talita, daddy bangga tengok awak. Cantiknya,” kata Shuib.

Talita dilihat ayu mengenakan jubah dan hijab rona kelabu ketika menghadiri majlis iftar bersama keluarganya.

Terdahulu, Shuib tidak dapat menahan sebak apabila satu-satunya anak perempuannya sudah menjadi anak dara dan momen itu akan dikenang sampai bila-bila. Shuib turut mendoakan agar anaknya itu menjadi seorang wanita yang solehah serta hebat di dunia dan akhirat.

SUMBER: mStar Online