fbpx

Diana Danielle Dedah Berat Badan Naik 15 Kg, Pembantu Rumah Pandai Masak

Disangka hamil kerana bentuk fizikalnya yang berisi, pelakon Diana Danielle mendedahkan berat badannya naik 15 kilogram kerana pembantu rumahnya pandai memasak.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di TikTok, Diana berkata dia tidak kisah dengan penambahan berat badannya meskipun ada pihak yang kurang senang dengan perubahan tersebut.

BACA: Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Di Mahkamah

@diana.danielle

It’s lets talk about my weight wednesday

? original sound – Diana Danielle – Diana Danielle

“Jangan buat sebarang spekulasi seolah-olah saya hamil walaupun berat badan saya bertambah 15 kilogram. Saya tahu itu berat kehamilan tapi sebenarnya saya ada pembantu yang sangat pandai memasak.

“Saya tak pernah ada pembantu rumah pandai memasak dan selera saya terkejut. Setiap kali balik ke rumah sentiasa ada makanan sedap.

“Saya tak sedar berat badan saya bertambah walaupun seluar dan baju saya tidak muat lagi dan buatkan saya seperti bloddy papaya,”katanya.

Sementara itu, Diana memberitahu dia terpaksa menurunkan berat badan dalam kadar segera kerana terikat dengan beberapa kontrak drama.