Susulan kontroversi terpalit suaminya, pelakon Bella Astillah nekad untuk berpisah dengan Aliff Aziz selepas dia memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu.
Memetik mStar Online, bagaimanapun sebutan pertama kes hari ini tidak dapat diteruskan kerana Aliff tidak muncul di mahkamah dan sebutan semula kes akan diadakan pada 4 April depan.
BACA: “Kali Ini Saya Nekad Untuk Bercerai”
“Bella telah memfailkan kes ini pada Isnin secara ekspres. Kami dapat berita yang Aliff setuju tapi hari ini dia maklumkan yang dia ada shooting. Jadi saya moho sebutan seterusnya pada 4 April,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata perceraian ini adalah jalan terbaik buat mereka serta perceran urusan perceraiannya dengan Aliff akan dipermudahkan.
“Bella rasa dengan memilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik bagi Bella dan Aliff. Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini saya mahukan ia berjalan dengan lancar,” katanya.
Dalam pada itu, Bella berkata dia nekad untuk berpisah memandangkan sudah banyak peluang diberikan sebelum ini.
“Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Namun Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella. Tak semestinya cinta itu masing-masing harus memiliki. Kita doakan daripada jauh,” katanya.
SUMBER: mStar Online