Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan mana-mana wanita yang berkenalan dengannya berhak rasa cemburu jika dia rapat atau berhubung dengan wanita lain.

Menerusi temu bual bersama Hlive, bagaimanapun Sharnaaz berkata merekata tidak boleh rasa cemburu dengan atau marah pada bekas isterinya, Noor Nabila.

BACA: “Bab ‘Percintaan’ Sharnaaz & Amelia, Saya Tak Masuk Campur” – Nabila

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Benda ini saya dah pernah cakap dekat sesiapa pun yang ingin berkawan dengan saya bahawa manusia yang mereka tidak boleh cemburu adalah Nabila.

“Itu adalah perkara pertama yang saya akan pesan. Kepada Amelia dan mana-mana GF saya yang sebelum ini pun, itulah pesanan saya kepada mereka.

“Perempuan lain kalau diorang nak marah boleh, ikan di laut sekali pun boleh tetapi kalau Nabila mereka tak boleh marah,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata meskipun sudah bercerai Nabila adalah ibu kepada anaknya dan akan berhubung demi menguruskanJebat Jayden.

“Sebab dia adalah ibu kepada anak saya. Jadi, kalau saya selalu berjumpa, bercakap atau bermesej sekalipun dengan Nabila, tak boleh cemburu.

“Kalau cemburu dan kalau tak percaya boleh mesej dia sendiri, saya okay ‘no problem’. Kalau mereka cemburu saya dengan Nabila, bermaksud mereka ada masalah saya menguruskan anak saya. Setakat ini, Alhamdulillah tak ada lagi yang berani bagitahu saya yang mereka cemburu,” katanya.

×