Perkongsian balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki di atas pelamin.
Bagaimanapun segalanya terjawab, apabila Hidayah menjawab pertanyaan netizen bahawa lelaki tinggi lampai itu adalah anak saudaranya.
BACA: Bergambar Atas Pelamin, Hidayah Dah Bertunang?
View this post on Instagram
Menerusi komen tersebut, Hidayah berkata dia sengaja bergambar dengan anak saudaranya kerana mahu membandingkan ketinggian mereka.
Sementara itu, ada netizen berkata Hidayah masih belum bertunang seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Untuk rekod, Hidayah dan Allahyarham Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey kini berusia empat tahun.