Perkongsian pelakon Zain Saidin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mengajar anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana cara menyiang ikan.
Menerusi video tersebut, Aaisyah dilihat tidak kekok meskipun pertama kali menyiang ikan tanpa menggunakan sarung tangan. Turut kedengaran, Aaisyah diaajar oleh Mak Toknya cara untuk menyiang ikan berkenaan.
BACA: Zain Saidin Tak Pernah Suruh Che Ta Buat Kerja Rumah
@zainsaidin23 Harap2 Tiktok tak bagi violation atau ape2 sekwaktu dengannya plak untuk video ni.. This is an educational purposes video ok Tiktok tersayang ku #fyp? #fyp #siangikan #aaisyahdhiarana #zainsaidin #daddysgirl #siscuba #brocuba
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Zain yang mengambil inisiatif mengajar anak perempuannya melakukan kerja rumah sejak dari kecil lagi dalam masa sama melakukan aktiviti bermanfaat ketika cuti sekolah.
Tidak kurang juga, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Aaisyah kerana berjaya menyiang ikan dengan betul meskipun menahan rasa geli.