Ira Kazar Catat Carian Tertinggi Di Google 

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar diumumkan sebagai individu dengan carian tertinggi di Google pada tahun 2021.

Umum mengetahui, Ira Kazar menjadi bualan ramai apabila didakwa menganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarahd dan bekas suaminya.

BACA: Ira Kazar Teruja Jawab Call Syamsul Ketika Live

Malah, Ira mula menganggu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul sejak tahun 2019. Lebih hangat apabila Syamsul mengumumkan telah pun bernikah dengan Ira di Thailand pada 6 Januari lalu.

Selepas berdepan pelbagai kemelut dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul akhirnya sah bercerai pada Ogos lalu.

Menerusi carta carian itu, Puteri Sarah menduduki tangga kelima manakala Syamsul di tangga keenam.

Sementara itu, individu kedua paling tinggi dicari di Google ialah pelawak wanita Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia.

Manakala, Tan Sri Michelle Yeoh pula menduduki tempat ketiga dan Angeline Tan di tangga keempat.

×