Adira Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Suami

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Adira Suhaimi telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.

Ia merupakan permohonan kali kedua dibuat Adira selepas memfailkan perceraian pada 1 April 2019 namun ditarik semula

Memetik mStar Online, pagi tadi Adira hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua bersama kakaknya Emma Suhaimi sebagai Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Bagaimanapun, Dato Red atau Datuk Seri Adnan Abu datang seorang diri tanpa bersama wakil bagi proses tersebut

Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar menegur tindakan Adnan yang sengaja melambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.

Kes tersebut ditangguhkan pada 18 Disember ini bagi membolehlan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.

×