Sambut Hari Jadi Ke-9, Netizen Anggap Jemyma Bertuah Ada Dua Ayah

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha ada berkongsikan momen sempena sambutan ualng tahun kelahiran anaknya, Putri Raysha Jemyma yang ke-9.

Menerusi satu entri di Instagram, Fasha meluahkan rasa syukur kerana acara berkenaan berjalan lancar walaupun dirancang saat akhir.

BACA: “Kurus Ke, Berisi Ke, Fasha Tetap Seksi Di Mata Saya”

Malah, Fasha berkata dia hanya tidur empat jam sahaja demi majlis sambutan hari jadi anak perempuannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sementara itu, dalam perkongsian lain, Fasha dilihat ada memuat naik video memaparkan bekas suaminya, Jejai dan suaminya, Aidil Aziz memberikan ucapan buat Jemyma.

Fasha turut menyertakan komen daripada netizen yang mengatakan Jemyma sangat bertuah kerana mempunyai dua ayah.

Untuk rekod, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 12 April 2012 namun berpisah pada Januari 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram dan Putri Raysha Jemyma.

Fasha kemudian mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira.

×