Pelakon jelita Sophia Albarakbah menegaskan isteri kepada pelakon lelaki tidak perlu takut jika suami mereka digandingkan bersamanya.
Memetik Kosmo, Sophia berkata dia hanya menjalankan tugas sebagai pelakon di set penggambaran dan perasaan tersebut tidak sepatutnya timbul.
BACA: Sophia Albarakbah ‘Penat’ Nak Berlakon Dengan Suami Orang
“Tak perlu rasa ‘insecure’ (tidak selamat), saya hanya menjalankan tugas. Tak perlu rasa ‘insecure’ (tidak selamat) sebab saya hanyalah wanita biasa dan manusia normal.
“Namun, semua itu terpulang kepada pendirian masing-masing, tiada yang perlu diulas lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Sophia berkata dia sentiasa bersikap profesional ketika bekerja dan dirinya bukan ancaman.
“Saya memang profesional apabila bekerja, walau apapun terjadi, saya melakonkan watak yang diberikan sahaja. Jadi, tak perlu nak rasa takut atau bimbang sebab saya bukan ancaman pun. Pada akhirnya, semuanya mengenai kepercayaan terhadap pasangan masing-masing,” katanya.