Bulan lalu, hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit anak Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi punca rumah tangga pasangan suami isteri musnah.
Kemudian, Marissa tampil memuat naik kenyataan mengakui kesilapan yang dilakukan serta mengakui apa yang ditularkan itu adalah benar, namun tidak semuanya tepat.
BACA: Jika Belum Bercerai, Wanita Boleh Saman Anak Abby & Norman
Hampir sebulan isu itu berlalu, tular video di media sosial memaparkan Marissa dilihat tenang membuat tutorial mekap. Menerusi video itu, Marissa menunjukkan caranya memakai mekap.
Diruangan komen perkongsian video itu, ramai yang memuji kecantikan anak pelakon itu. Dalam pada itu, ada yang mengatakan Marissa memiliki kecantikan semula jadi tidak perlu mengenakan mekap yang tebal.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan wajah Marissa sememangnya mirip ibunya Abby Abadi ketika zaman muda. Sementara itu, ada yang masih mengaitkan lagi dengan kontroversi terpalit Marissa sebelum ini.