Umum mengetahui, pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah bersama anak-anak kini sedang meluangkan asa bercuti di Semporna, Sabah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib dilihat tidak lokek berkongsikan momen percutian mereka sekeluarga melakukan aktiviti di sana.
BACA: Watie & Shuib Akhirnya Dapat Tidur Sekatil Berdua
View this post on Instagram
Bagaimanapun, perkongsian foto dimuat naik oleh Shuib ketika mereka sekeluarga berada di lapangan terbang menjadi perhatian ramai.
Ada segelintir pengikut yang kecewa serta mendakwa sebelum ini Shuib tidak pernah dilihat berseluar pendek.
Dalam pada itu, ada yang memberikan teguran supaya Shuib lebih peka mengenai soal aurat lelaki yang beragama Islam.