Umum mengetahui pelakon Luqman Hafidz telah pun bercerai dengan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi pada Jun tahun lalu.
Terbaru, perkongsian bekas isteri kepada pelakon itu menjadi perhatian apabila dilihat ada memuat naik gambar seorang wanita di Instagram miliknya.
BACA: Dua Tahun Kahwin, Luqman Hafidz Mengaku Sudah Ceraikan Isteri
Menerusi perkongsian itu, Atiqah turut menulis kapsyen mendakwa wanita itu yang menjadi punca masalah rumah tangga mereka.
View this post on Instagram
Perkongsian Atikah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bahawa wanita itu adalah pelakon yang pernah bergandingan dengan Luqman dalam sebuah drama.
Dalam pada itu, ada yang meminta Atiqah supaya tidak membuka aib rumah tangga apatah lagi mereka sudah setahun berpisah dengan bekas suami.
Sebelum ini, Atiqah pernah memberi bayangan bahawa rumah tangganya goyah kerana orang ketiga.
Untuk rekod, Luqdan dan Atiqah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Eve Laura kini berusia 2 tahun.