Penyanyi Syada Amzah berkata dia tiada masalah jika ibunya, Fauziah Sarman bertemu jodoh baru kerana baginya jodoh merupakan ketetapan oleh Allah.

Perkara itu diberitahu oleh Syada ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini menjawab pertanyaan daripada peminat. 

BACA: “Saya Dah Tak Kuasa, Siapa Nak Ambil-Ambillah” – Fauziah

“Saya okay kalau mama jumpa jodoh baru. Kalau dah namanya jodoh kan?” katanya.

Sementara itu, ibunya Fauziah yang muncul ketika sesi live tersebut berkata dia tidak menolak jika bertemu pengganti namun berharap tidak dipertemukan dengan lelaki yang bodoh.

“Cuma berharap tak jumpa jodoh yang bodoh,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala sudah pun berakhir apabila ibu kepada Shila Amzah, Fauziah Sarman mengesahkan telah diceraikan suaminya itu pada 2 Ogos lalu.

×