Azri Iskandar Akui Hubungan Dengan Ellie Suriaty Lagi Baik Lepas Bercerai

Pelakon Azri Iskandar berkata dia masih lagi dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Dr Azra.

Memetik Harian Metro, Azri berkata dia masih lagi belum mempunyai wang belanja yang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan.

BACA: Duit Kahwin Masih Belum Cukup , Azri Iskandar Tangguh Lagi Nikah Dr Azra

Menurutnya lagi, apabila sampai waktunya nanti dia akan kongsikan kepada semua dan akan menjemput bekas isterinya, Ellie Suriaty untuk datang ke majlis perkahwinannya.

“Memang target seawal mungkin. Kalau kewangan okey, jadilah. Mungkin tahun ini juga insya-Allah. Jika betul saya akan mendirikan rumah tangga, saya akan kongsikan dengan semua.

“Saya akan buat majlis, walaupun dah tua. Untuk makan-makan, berkumpul kawan-kawan dan juga bergambar. Malah, saya akan jemput bekas Ellie untuk datang ke majlis perkahwinan saya. Itu sudah pasti. Tapi sama ada dia nak datang atau tidak, terpulang pada dia,” katanya.

Dalam pada itu, Azri berkata hubungan dengan bekas isterinya masih baik serta mengakui hubungan mereka lebih baik jika dibandingkan ketika masih suami isteri.

“Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin. Kalau tak da duit saya pinjam dia dan begitu juga dia. Hubungan kami macam biasa, macam tak cerai… cuma tak duduk serumah,” katanya.

Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen.

×