Tahniah diucapkan buat penyanyi Yonnyboii apabila isterinya, Nik Nazira selamat melahirkan cahaya mata sulung, bayi lelaki semalam.
Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Yonny menerusi Instagram miliknya sebentar tadi serta turut memuat naik gambar anak mereka namun tidak didedahkan wajahnya.
BACA: Yonnyboii Layan Isteri Mengidam, Tak Mahu Air Liur Anak Meleleh
View this post on Instagram
Memetik mStar Online, Nik Nazira berkata dia seolah tidak percaya sudah bergelar ibu serta meluahkan rasa syukur keadaannya dan bayi dalam keadaan sihat.
“Macam tak percaya dah jadi ibu sekarang. Syukur saya dan bayi kami dalam keadaan sihat. Selepas bersalin saya asyik tengok wajah anak saja. Satu perasaan yang berbeza buat kami berdua,” katanya.
Berkongsikan pengalaman bersalin, Nazira bersyukur segalanya dipermudahkan dan diberi rezeki tidak merasai rasa sakit hendak bersalin malah dia dan Yonny sempat menghadiri majlis tayangan filem Barbie sebelum melahirkan.
“Saya memang tak rasa sakit nak bersalin. Apabila tiba di hospital pun bukaan telah besar dan bayi dilahirkan secara normal. Baby nak beli peluang ibunya melaram dulu sebelum bersalin,” katanya.