Baru-baru ini, usahawan terkenal yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim ada berkongsikan dia kini memiliki sebuah rumah agam di London, England.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Bonda Rozita berkata rumah tersebut adalah hadiah untuk dirinya sendiri dan berjaya dimiliki hasil berjimat cermat.
BACA: Bonda Rozita Beri Pasukan Rescue Tumpang Resort & Makanan
View this post on Instagram
“Tidak siapa tahu masa depan, kita tak boleh memilih ujian apa Allah nak bagi. Sebelum menuju kejayaan Bonda dah biasa susah, orang hina-hina saya tak melawan pun walau saya seorang yang sangat berani… Penat layan sikap manusia, saya diam dan pergi.
“Saya berjimat-jimat dengan emosi perasaan, kewangan, nafsu dan kesihatan badan. Rumah ini hadiah pada diri saya sendiri. Saya tak ada kemewahan, hanya ada ini saja. Saya beli hutang je pun, bukan beli cash pun,” tulisnya.
Dalam pada itu, Bonda Rozita berkongsikan dia tidak pernah cuti dan sedang membina team untuk mengurangkan aktiviti perniagaan.
“Saya suka banyak travel tapi versi berjimat. Saya bawa staf saya sebab mereka adalah sahabat terbaik hidup saya Saya meninjau peluang property disana. Saya nak rehatkan diri dengan anak-anak dan staf menghargai mereka sebagai anak-anak saya juga.
“Rumah bonda di London 7 bilik, hanya 15 minit heatrow airport, Euro Star Station sangat dekat dengan rumah bonda ke Kota London hanya 15 minit saja,” tulisnya.