Doa kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong ketika menunaikan umrah di Mekah untuk dipertemukan jodoh yang menerima anak perempuannya disifatkan dimakbulkan Allah.
Memetik mStar Online, Shikin berkata perjalanan mereka untuk disatukan sebagai suami isteri dipermudahkan meskipun perkenalannya dengan Cat Farish dalam tempoh singkat.
BACA: Shikin Maembong Mula Jatuh Cinta Tengok Cat Farish Lap Pisang
“Saya pernah berdoa dekat Makkah untuk bertemu jodoh yang baik dan dapat menerima anak perempuan saya. Apabila jumpa Cat tak sangka semuanya dipermudahkan.
“Insya Allah kalau boleh nak berbulan madu di Tanah Suci sebab saya pasang niat nak berpimpinan tangan dengan suami di depan Kaabah,” katanya.
Sementara itu, Cat berkata baginya keputusan untuk mendirikan rumah tangga tidak dilihat sebagai tergesa-gesa apatah lagi keduanya sudah matang.
“Bagi saya perkahwinan ini tidak tergesa-gesa memandangkan kami pun sama-sama sudah matang. Nak bercinta berapa lama lagi? Kami berkahwin untuk kebahagiaan anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, Cat dan Shikin menyerahkan soal mengenai cahaya mata kepada Allah namun jika ada rezeki mahu dikurniakan cahaya mata lelaki kembar.
“Kami serahkan rezeki anak kepada Allah, kami tidak merancang. Tapi Shikin kalau boleh nak anak kembar atau lelaki memandangkan sudah ada tiga anak perempuan. Kami tak minta dan tak pula menolak memandangkan sudah ada empat orang anak,” katanya.