Neelofa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki Kedua

Tahniah diucapkan buat selebriti popular, Neelofa yang selamat melahirkan cahaya mata kedua, bayi lelaki pada 11 Julai lalu, jam 10.45 malam.

Berita gembira itu, itu dimaklumkan oleh Neelofa sebentar tadi di Insta Story miliknya. Menerusi entri itu, Neelofa memaklumkan bayinya itu dalam keadaan sihat.

BACA: Neelofa & PU Riz Korban Dua Lembu, Ikut Ciri Ditetapkan Dalam Al-Quran

Neelofa turut berharap kehadiran anak keduanya itu membawa keberkatan dalam keluarga mereka serta menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa, agama dan bangsa.

Dalam pada itu, Neelofa dan suaminya, PU Riz turut memohon orang ramai mendoakan agar anak kedua merkea itu membesar dengan baik dan cerdas.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Neelofa memaklumkan nama anak mereka akan diumumkan selepas hari ketujuh kelahiran puteranya itu.

×