Lepas Sindir Suami Isu Supercar, Fatin Afeefa Padam Gambar Opai?

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang dikecam teruk selepas didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta.

Namun, lebih menghiburkan apabila Fatin menyindir suaminya sendiri susulan kontroversi melibatkan suaminya itu.

BACA: Perlekeh Kereta Bukan Jenis Supercar, Suami Fatin Afeefa Mohon Maaf

Terbaru, akaun Instagram Fatin menjadi perhatian ramai apabila dilihat tiada gambarnya bersama suami tercinta.

Turut menjadi bualan, Fatin dilihat banyak memuat naik gambarnya bertudung sejak kebelakangan ini, namun tiada kenyataan sama ada pelakon itu sudah berhijab sepenuhnya.

Sementara itu, Instagram Aliff atau lebih mesra disapa Opai itu juga tiada lagi gambar isterinya serta posting berkenaan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati Fatin dan Opai masih saling mengikuti satu sama lain di Instagram. Apa pun, Fatin dilihat sangat cantik berhijab dan semoga semuanya baik-baik sahaja.

×