Perkongsian pelakon Alya Iman pada Syawal lalu mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tampil tidak lagi berhijab dan mendedahkan rambutnya.
Menurut anak bongsu kepada pelakon era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha, dia lega dapat menampilkan sisi sebenarnya dan enggan menipu di media sosial.
BACA: Alya Iman Semakin Seksi, Pakai Baju Ketat Nampak Perut
Selepas tular videonya tampil seksi baru-baru ini, perkongsian Alya menjadi perhatian apabila memuat naik videonya memakai baju warna jingga sambil berjalan di ibu kota.
@alyimn Kinda bright in the city ? #fyp
Perkongsian Alya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu lebih-lebih lagi rambutnya. Tidak kurang juga, ada yang menyamakan wajah Alya dengan pelakon jelita Fazura.
Sebelum ini, gadis berusia 22 tahun itu mengakui bertudung arwah bapanya menuruh untuk menutup aurat sejak dari kecil namun dia tidak mahu mahu terus hipokrit.