fbpx

Babak Tayang Badan Berketak, Shaheizy Sam Dedah Syatilla Suka & Sokong

Umum mengetahui, semalam merupakan hari pertama tayangan filem Polis Evo 3 yang sudah pun menemui penonton di pawagam. Dengar cerita sambutan filem tersebut luar biasa.

Tidak dinafikan setiap kali menjayakan sestuatu watak, pelakon Shaheizy Sam pasti akan disiplin memiliki tubuh badan sasa demi tuntutan kerja.

BACA: Shaheizy Sam Tunjuk Wajah Anak, Pilih Nama Salama Samheizy

Memetik mStar Online, Sam berkata dia seorang pencinta makanan serta mengakui sukar untuk mendapatkan badan sasa, namun dia berbuat demikian untuk kerja.

“Secara jujurnya saya susah nak dapat six pack sebab saya sangat menikmati makanan dan kalau tiada kerja memang saya gemuklah.

“Sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) masa Februari dulu, saya okey lagi sebab baru lepas habis penggambaran. Tetapi bulan September saya dah berisi sangat. Tetapi, fasal kerjalah saya boleh turunkan berat badan kalau bukan sebab kerja, rasanya tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Sam berkata isterinya, yang juga pelakon Syatilla Melvin tidak kisah dengan babak tayang badan dalam filem berkenaan. Malah, Sam berkata isterinya suka akan perubahan tersebut dan sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.

“Syatilla okay sahaja, mungkin sebab dia pun jarang dapat lihat saya seperti itu. Jadi, dia beri sokongan dan nampaklah dia suka usaha saya nak capai sesuatu perkara,” katanya.