fbpx

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menjelaskan kenyataan mahu memilih wanita biasa sebagai calon isteri dan bukan kalangan artis disalah anggap sesetengah pihak.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Sharnaaz berkata dia tidak pernah mencari pasangan sebaliknya menyerahkan segala urusan jodoh kepada Allah.

BACA: Sharnaaz Ahmad Mahu Orang Biasa Sebagai Teman Wanita

Bagaimanapun, Sharnaaz tetap dengan pendirinya bahawa wanita yang bakal menjadi bakal isterinya bukan dalam kalangan artis.

“Sebab posting aku nak cari pasangan bukan di kalangan artis, rata-rata salah anggap. Aku tak mencari, kalau Allah dah tentukan aku ini ada bini, aku terima. Jebat ada ibu baru yang pasti bukan pelakon!” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata jika dia tidak bertemu jodoh, dia sudah menyediakan simpanan untuk tinggal di rumah orang tua.

Sebelum ini, Sharnaaz mengakui sudah mempunya kekasih namun malu untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka. Katanya, usianya sudah meningkat serta bimbang sekiranya hubungan itu tidak berakhir dengan baik.