fbpx

Nak hidup sihat ada pelbagai cara yang anda boleh lakukan. Banyak aspek yang anda boleh lihat antaranya penjagaan makanan, kesihatan badan dan senaman fizikal. Kalau tak jaga kesihatan kang jadi ‘zombie’ pula kan? Pucat sangat muka tu sampai orang pun tak kenal dah. Jangan tau.

via GIPHY

Apa yang anda boleh lakukan adalah jaga pemakanan anda. Boleh jer nikmati air yang bersih atau hirup udara yang segar! Dekat nak Raya dahni takkan nak kelihatan lesu dan tak bermaya jer. Hilang semangat nak beraya tu nanti. Kesian anak-anak pula yang excited nak sambut Raya tu.

Kenapa Dengan Kampung Ni?

Musim Raya di kampung mesti seronok dan penuh riang ria kan? Mesti bersemangat nak sambut Aidilfitri dengan sihat! Tetapi kalau rasa lesu datang melawat, apa yang akan terjadi?

Anda jangan jadi macam geng kampung ni sudahlah. Dah lesu nampak macam zombie masing-masing weh. Seram pun ada kelakar pun ada! Misteri betul lah dorang ni.

Bukan senang tau nak menyelamatkan geng kampung ni. Mujur ada bintang pujaan oppa Lee Minho dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza! Anda tengoklah sendiri gelagat dorang ni.

Jom Jumpa Orang Lesu dari Kampung Lesu!

Anda jangan risau, CUCKOO boleh membantu anda. CUCKOO ni antara jenama barangan elektronik buatan Korea yang terkenal di negara kita tau. Hampir setiap rumah ada produk jenama CUCKOO ni. Anda pun mesti dah ada kan, betul tak? Baik ngaku..Haha.

Sekarang ni, anda boleh jer ‘melawat’ Lori S.I.H.A.T CUCKOO yang akan menjelajah pusat beli-belah dan bazar Ramadan dari 10 hingga 22 April di kawasan Lembah Klang dan Johor bersama-sama dengan orang kampung lesu! Uish lain macam ni. Siap bawa orang lesu lagi weh. Kalau anda teruja sangat nak tengok orang kampung lesu tu, bolehlah datang nanti.

Paling menarik, kat sana nanti dorang akan ada aktiviti dan beri hadiah pada anda. Banyak lagi tau aktiviti yang anda boleh join nanti. Ada photo contest, Flash Mob, pameran dan banyak lagi! Bestnya hangpa!

Ini adalah sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan-Raya CUCKOO yang mana lori S.I.H.A.T CUCKOO akan berada di kawasan Lembah Klang dan Johor yang beraliran trafik tinggi, termasuk di atas jalan raya, pusat beli-belah dan bazar Ramadan dari 10 hingga 22 April ini.

Anda check out je jadual bawah ni.

Jadi, bagi anda yang singgah di Lori S.I.H.A.T. ini untuk Kempen Lawan Lesu, boleh lah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan untuk menebus hadiah percuma dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,000 termasuk sebuah Penapis Udara CUCKOO K Model! Walahhh!

Anda masuk jer peraduan ni kalau nak menang hadiah eksklusif dari CUCKOO ni. Caranya semudah ABC jer komer.

Langkah 1: Tangkap gambar
Langkah 2: Muat naik ke Facebook, tag @CUCKOOInternational dan guna hashtag #LawanLesuDenganCUCKOO

Halah, mudah giler weh. Rugi sangat kalau anda tak join!

Ada Promosi Untuk Lawan Lesu?

Bagi nak elakkan anda jadi lesu Aidilfitri nanti, apa kata anda dapatkan produk CUCKOO ni. Sekarang ini dorang adakan promosi untuk Lawan Lesu bermula daripada RM55*/Bulan [mengikut terma & syarat], anda dah boleh dapatkan produk CUCKOO baharu!

Kalau anda nak tahu, banyak kelebihan produk CUCKOO ni. Contohnya, kalau anda dapatkan penapis udara, ia dapat menapis udara kotor di udara, memerangkap zarah halus dan meningkatkan kualiti udara di dalam bilik dan ruang tamu rumah anda tau. Best!

Haa ini baru satu produk, anda boleh usha produk lain di link cuckoo.com.my ini. Awas, jangan sampai rambang mata!

Ingat, kalau nak lawan lesu, kenalah ada CUCKOO!