fbpx

Bukan Tarik Diri, Aaron Aziz Akui Dibuang Dari Filem Syamsul Yusof

Pelakon Datuk Aaron Aziz mengesahkan dia tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Memetik Astro Gempak, Aaron bagaimanapun enggan mendedahkan punca dia dibuang kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

BACA: Aaron Aziz Tegur Muslim Ucap ‘Merry Christmas’

“Saya bukan tarik dari, tapi dibuang. Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” katanya.

Ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara dia dan Syamsul, Aaron enggan mengulas mengenainya serta mendoakan yang terbaik.

“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Apapun saya doakan yang terbaik,” katanya.

Filem The Original Gangster dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.