Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah dalam sebutan prosiding di mahkamah.

Puteri Sarah meluahkan rasa kecewa dengan keputusan Syamsul enggan menceraikannya kerana percaya masih ada sinar untuk berdamai.

BACA: Kami Ada 3 Orang Menantu Yang Hebat-Hebat, Cukuplah” – Ibu Syamsul Yusof

Baru-baru ini, perkongsian ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Patimah Ismail dilihat ada memuat naik luahan hati di Insta Story.

Menerusi entri itu, Datin Patimah meminta anaknya itu supaya kembali ke pangkal jalan kerana sudah jauh tersesat.

Malah, Datin Patimah berkata mereka sekeluarga menerima Syamsul dengan terbuka dan Allah Maha Pengampun.

Hidupmu hampir hancur! Pulanglah  ke pangkal jalan, sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untuk mu. Allah juga maha pengampun,” tulisnya 

Datin Patimah turut menyertakan wajah anaknya yang terpapar menerusi keratan akhbar pada perkongsian tersebut.

Terdahulu, pihak mahkamah meminta agar kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk urusan penceraian tersebut.

×