fbpx

Kisah rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sememangnya menjadi perhatian di media sosial. Apa saja dikongsikan pasti akan diperkatakan ramai.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan semula seorang pengguna TikTok @yoursbabe_11 memaparkan aktres itu berada di sebuah majlis.

BACA: “Gunakan Akal Anda Seolah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya” – Suami Fatin Afeefa Perli Adam Shahz?

https://www.tiktok.com/@yoursbabe_11/video/7194093447819611419

Menerusi video itu, Fatin dilihat sedang beratur sambil memegang dua biji pinggan. Turut kedengaran, perakam tersebut menegur Fatin dan kelihatan suaminya sedang duduk di meja makan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan ia bukanlah isu besar kerana tidak salah isteri mengambil makanan sendiri dan melayan suami.

Namun, ada yang juga kasihan melihat Fatin mengambil makanan sendiri serta ada yang memerli dengan mengatakan suami mereka bukan ‘alpha’ namun mengambilkan makanan untuk isteri.

Ada saja netizen ni, bukan isu besar pun jika isteri ambilkan makanan untuk suami. Mungkin suami Fatin Afeefa tengah jagakan tempat atau sedang uruskan hal penting.