Sebut saja nama Nadia Brian, pelakon itu sering menjadi perhatian ramai susulan pemakaiannya dikatakan seksi sehingga ditegur oleh netizen.
Memetik mStar Online, Nadia berkata segala nasihat dan teguran diberikan oleh netizen sebagai doa untuk dia menjadi lebih baik selepas ini.
BACA: Nadia Brian Bengang Imej Seksi Lebih Jadi Perhatian Berbanding Kerjaya
“Dari awal kemunculan orang kata saya very feminin dan seksi… saya pakai baju kurung pun orang kata seksi. Seksi itu sangat umum tapi mungkin sebab ada terdedah sedikit orang dah anggap itu seksi.
“Kita kena anggap bila terima segala komen anggap sahaja ke arah positif sebab mungkin mereka bimbang tentang diri kita,” katanya.
Ditanya sama ada dia penat atau tidak menjadi ‘Nadia Brian’ yang sering ditegur seksi, pelakon itu berkata dia seronok menjadi diri sendiri.
“Saya tak penat apa-apa, saya seronok jadi diri sendiri. Sebenarnya, kita biar jadi diri sendiri tak nak hipokrit. Saya minta maaf, saya akan perbaiki selepas ini,” katanya.