fbpx

Umum mengetahui, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

Baru-baru ini, tular video diaplikasi  TikTok yang dimuat naik oleh akaun @babarabeer memaparkan Tunku Tun Aminah menjadi perhatian ramai.

BACA: Tun Aminah Beri Sokongan Buat Zaibo Lawan Kanser

@babarabeer

So Gorgeous makeup with Johor Princess Aminah ? from Malaysia?? ???????????????? Aminah ????????????????? #johor #princessaminah #aminah #malaysia #malaysiatiktokshop #tiktoklooks #tiktokuni

? As It Was – PREP

Menerusi video dikongsikan, Tunku Aminah dilihat sangat cantik dengan hasil sentuhan makeup daripada Babarabeer.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Tunku Aminah serta ada yang mengatakan wajahnya kelihatan seperti orang Thailand.

Malah, ramai yang teruja melihat Tunku Aminah apatah lagi sudah lama tidak tahu perkembangannya selepas Tunku menghapuskan sosial medianya.

Dalam pada itu, ramai yang mengagumi kecantikan kulit wajah Tunku Aminah. Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan pernah terserempak dengan Tunku Aminah tanpa mekap dan sememangnya baginda sangat cantik.